Apa Itu Sarang Burung ?
| Apa Itu Sarang Burung? Dihasilkan oleh 2 spesis swiftlet, iaitu i) White-nest Swiftlet (Aerodramus fuciphagus) ii) Black-nest Swiftlet (Aerodramus maximus) Fakta-Fakta Industri Sarang Burung Secara fizikal, sarang burung boleh dikategori kepada dua jenis, iaitu Sarang Burung Gua dan Sarang Burung Rumah. Para pengguna sarang burung berasal dari Hong Kong, China, Taiwan, Singapore, USA, Malaysia & lain-lain masyarakat Cina di dunia sejumlah 1.5 billion. Berasaskan Asia Bird’s Nest Conference 2005, Hong Kong sahaja telah mengimport 204,000 kg sarang burung pada tahun 2004, dengan jumlah nilai RM 1,000,000,000.00 Harga sarang burung mentah berada di antara RM 1,000 - RM 6,000.00 per kilogram. Ianya bergantung kepada qualiti dan permintaan pasaran sarang burung sedunia. Bagaimana Konsep Business Ini Akan Meningkat Status Sosial Ekonomi Kampung? Secara fizikal, sarang burung boleh dikategori kepada dua jenis, iaitu Sarang Burung Gua dan Sarang Burung Rumah. Para pengguna sarang burung berasal dari Hong Kong, China, Taiwan, Singapore, USA, Malaysia & lain-lain masyarakat Cina di dunia sejumlah 1.5 billion. Berasaskan Asia Bird’s Nest Conference 2005, Hong Kong sahaja telah mengimport 204,000 kg sarang burung pada tahun 2004, dengan jumlah nilai RM 1,000,000,000.00 Harga sarang burung mentah berada di antara RM 1,000 - RM 6,000.00 per kilogram. Ianya bergantung kepada qualiti dan permintaan pasaran sarang burung sedunia. Industri Bio-Teknologi? Sarang burung mungkin merupakan produk tempatan kedua yang mempunyai nilai-nilai perubatan. Universiti Sains Malaysia sedang menjalankan penyelidikan untuk kaedah penyimpanan sarang burung yang paling sesuai. Lebih penyelidikan bio-teknologi akan dimulakan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan sarang burung. Nilai Perubatan Tradisional Masyarakat Cina Dari segi kepentingan nilai perubatan tradisi Cina, sarang burung berada di tahap kedua selain ginseng. Masyarakat Cina percaya, sarang burung adalah pemangkin pertumbuhan sel dan kulit. Penggunaan sarang burung secara jangka panjang akan mencantikkan permukaan kulit. Sarang burung juga memberi manfaat kepada golongan tua dan lemah untuk mengukuhkan daya ketahanan mereka terhadap penyakit. Lee Ngan Woon (1999), Bird Nest Recipes. Berdasarkan kitab perubatan Cina yang terpenting, Compendium of Materia Medica, terbukti sarang burung berfungsi untuk kesihatan paru-paru,buah pinggang, perut dan ginjal. Kandungan Kimia Sarang Burung • 9% moisture • 20% inorganic ash • 32.3% protein (Glycoprotein & 17 types amino acids) • 38.7% carbohydrate (sialic acid, hexosamines, hexoses, deoxyexose). (Sumber daripada Dr. Lim Chan Koon (2002), Swiftlets of Borneo. Kebaikan Sarang Burung Walit Kajian perubatan Cina di Beijing mendapati sarang burung Walet merupakan agen pemutihan kulit dan juga baik untuk kesihatan mata. Bagi penghidap asma, ia juga dikatakan merupakan agen terbaik memulihkan sistem pernafasan dan memperkuatkan paru-paru. Hasil daripada berbagai macam eksperimen dan penelitian menunjukkan bahawa sarang burung bermanfaat sebagai: • Zat kolagen yang terkandung dalam setiap sarang burung Walit dapat melancarkan pembuluh darah, meningkatkan nafsu makan serta memperbaiki saluran pencernaan. • Sarang burung walit dapat mengurangkan kahak dan menyembuhkan batuk. Ini juga merupakan nutrisi bagi paru-paru dan menguatkan saluran pernafasan. • Pengambilan sarang burung wallet semasa kehamilan dapat mengurangi rasa sakit pada punggung, memperkuat paru-paru bayi yang dikandung. Juga dapat mempercepat proses penyembuhan setelah melahirkan. • Untuk wanita, pemakanan secara teratur dapat meningkatkan daya metabolisme, memperbaiki kulit serta melambatkan proses penuaan. • Untuk orang tua, pemakanan secara teratur dapat menguatkan urat dan tulang, serta meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit. • Untuk kanak-kanak, sarang burung walit dapat membesarkan daya serap nutrisi yang ada pada setiap makanan, dan memperkuatkan paru-paru. • Merupakan makanan yang amat baik kepada para perokok, serta dapat mengurangkan kesan yang ditimbulkan daripada nikotin untuk mencegah serangan barah (cancer). |
Posted by Love & Care Worldwide at 12:37 AM 0 comments
Sarang Burung & Kisah Lagenda Mahsuri
Lagenda Mahsuri Written by Fuadi Sunday, 14 September 2008 02:44 Tidak banyak cerita tentang rakyat ditulis apatah lagi tentang sejarah seorang wanita. Oleh itu jika muncul seorang tokoh daripada golongan rakyat, maka ceritanya hanya diturunkan melalui tradisi lisan. Ini menjadikan banyak versi dan ada tokok tambah. Demikian juga halnya dengan cerita Mahsuri yang mempunyai tidak kurang daripada 14 versi. Bagaimanapun asas cerita, tema dan tokoh-tokoh yang terlibat tidak banyak berbeda. Mahsuri menjadi lagenda kerana nasib yang menimpa Langkawi selepas peristiwa pembunuhan ke atasnya. Langkawi menjadi pulau yang tidak aman dan tidak makmur selama tujuh keturunan. Inilah kesan penganiayaan , cemburu dan kemarahan yang tidak terbatas. Inilah juga kesan menghukum puteri simbol kesucian. Nampaknya sejarah lisan mempunyai mekanisme tersendiri untuk merasionalkan sesuatu peristiwa atau kejadian sejarah. Tidak dapat dipastikan bilakah peristiwa Mahsuri berlaku kerana tidak ada rekod-rekod bertulis ditemui hingga setakat ini. Kisahnya hanya bergantung kepada sumber lisan. Ada sumber yang menyebut peristiwa ini berlaku pada zaman Sultan Abdullah Mukarram Shah (1778-1798). Satu lagi sumber menyatakan ianya berlaku semasaa pemerintahan Sultan Tajuddin Halim Shah II ( 1804-45 ). Jadi peristiwa ini berlaku sekitar dua abad yang lalu. ![]() ![]() Promosi sarang burung Gua Sarawak Asli: http://lfi2ubn.blogspot.com/ Kisah Mahsuri Di Kampung Mawat, Mukim Ulu Melaka tinggal sekeluarga tiga beranak. Si bapa bernama Pandak Mayah, isterinya Mak Andak Along dan seorang anak perempuan bernama Mek Yah. Keluarga miskin ini menjalankan kegiatan pertanian sebagai sumber rezeki iaitu berhuma, bercucuk tanam, penternakan sara diri dan mencari barang-barang hutan. Nasib keluarga ini mula berubah selepas Pandak Mayah mencari kerbaunya yang hilang. Semasa hujan lebat, dia singgah berlindung di bangsal yang ditinggalkan orang. Di situ Pandak Maya berjumpa kerak nasi yang dikatakan Maya Padi (semangat Padi). Dalam masyarakat Melayu petani, padi adalah simbol kemakmuran dan punca rezeki yang perlu dihormati.Apabila Maya Padi yang berupa kerak nasi dibawa balik kepada isterinya, Mak Andak Alang telah mencampurkan dengan nasi yang ditanak. Memakan nasi bercampur Maya Padi ini menjadi titik peralihan yang mengubah nasib keluarga Pandak Maya. Rezekinya mula bertambah dan seterusnya isterinya hamil lagi. Rezeki Pandak Maya mula melimpah selepas menjumpai burung layang-layang di gua, di Belanga Pecah. Dia telah menjual sarang-sarang burung tersebut kepada taukeh Cina di Pengkalan (Padang Mat Sirat) untuk pasaran Pulau Pinang. Sarang burung layang-layang menjadikan keluarga Pandak Maya kaya. Bagaimanapun apabila diminta rakan-rakannya menunjukkan tempat sarang burung tersebut, tidak dijumpai lagi. Sekali lagi cerita ini mengambarkan kepercayaan masyarakat yang rezeki tersebut hanya dianugerahkan untuk seseorang dan bukan untuk perkongsian bersama. Apatah lagi kegiatan persendirian Pandak Maya semakin meningkat penghasilannya. Ternakan dan tanaman semakin menjadi dan pengeluaran bertambah banyak. Cerita tentang tuah anak yang dikandung isterinya bertambah hebat apabila suatu malam , Pandak Maya terdengar suara ular itek (ular cinta Mani) berdekatan rumahnya. Pandak Maya berjaya menangkap dua ekor lalu dimasak untuk hidangan keluarga. Mengikut kepercayaan orang tua, siapa yang memakan daging itek ini akan beroleh rezeki yang melimpah. Jelaslah dari cerita di sekitar kehamilan Mak Andak Alang, keluarganya sudah berlimpah rezeki. Ini suatu petanda bayi bakal lahir membawa tuah. Apabila tiba masa, Mak Andek Alang melahirkan bayi perempuan yang comel, dan dinamakan Mahsuri. Rezeki keluarga ini semakin bertambah apabila Pandak Maya menjumpai batu kemian yang kemudiannya dijual kepada taukeh Cina di Padang Mat Sirat. Zaman Perawan Mahsuri Mahsuri membesar seperti gadis-gadis yang lain tetapi kecantikannyalah yang membezakan. Kecantikannya menjadi buah mulut orang di Langkawi. Cerita kecantikan ini menarik minat pembesar Langkawi bergelar Dato Seri Kama Jaya untuk melihat sendiri wajah Mahsuri. Apabila datang melawat Kampung Mawat, ternyata Dato Seri Kama Jaya pun turut terpikat dengan kecantikan Mahsuri dan ingin menyunting sebagai isteri kedua. Bagaimanapun hasratnya ditentang isteri bernama Mahura. Mahura dikatakan seorang wanita yang pintar dan banyak membantu suaminya mentadbir Langkawi. Hal ini menyebabkan Dato Seri Kama Jaya sukar untuk mengenepikan begitu sahaja isterinya. Apabila Dato Seri Kama Jaya menyuarakan hasrat hati kepada isterinya, Mahura telah menolak dan Dato Seri Kama Jaya terpaksa akur. Ini menunjukkan pengaruh Mahura sangat penting dalam masyarakat tradisional. Bagi penyelesaian masalah , Mahura mencadangkan supaya Mahsuri dipinang untuk anak lelaki mereka yang bernama Wan Mat Deris. Wan Mat Deris dikatakan seorang anakmuda yang gagah dn pintar dalam ilmu persilatan. Beliau dikatakan pernah terlibat dalam beberapa peperangan. Selain itu Wan Mat Deris juga seorang pedagang muda yang berjaya dan menjalankan urus niaga dengan Siam, Pulau Pinang serta dataran Kedah. Perkahwinan yang diatur Mahura tidak menyelesaikan masalah kebimbangan kemerosotan pengaruhnya ke atas suami dan penduduk Langkawi. Mahura memastikan Mahsuri tidak menetap sebumbung tetapi terus tinggal di rumah Pandak Maya. Keluarga Pandak Maya tidak menolak malah bersyukur kerana menantunya akan menetap bersamanya, dan dia tidak terpisah dengan Mahsuri. Perkongsian hidup Wan Mat Deris dengan Mahsuri cukup bahagia, dan mereka dikurniakan cahaya mata bernama Wan Mat Arus. Tragedi ke atas Mahsuri bermula dengan kedatangan seorang pemuda miskin bernama Deramang yang dikatakan berasal dari Melaka. Sesetengah sumber mengatakan asalnya dari Sumatera. Deramang telah merantau ke Pulau Pinang, Perlis dan kemudian ke Langkawi. Sebagai seorang celik huruf, Deramang gemar dan ahli membaca hikayat dan syaer. Pandak Maya meminta Deramang membacakan hikayat dan syaer pada waktu malam di rumahnya. Acara ini telah menjadikan rumah Pandak Maya sebagai tempat tumpuan ramai. Mahsuri juga seorang peminat setia Deramang. Sekali lagi peningkatan kepopularan Mahsuri membimbangkan pengaruh Mahura. Dia juga bimbang populariti suaminya merosot, dan khuatir suaminya masih menyimpan hasrat ke atas Mahsuri. Semasa Wan Mat Deris berdagang ke Siam, Mahura telah membuat tuduhan yang Mahsuri dengan Deramang mempunyai hubungan sulit. Buktinya cincin yang dipakai Deramang adalah hadiah pemberian Mahsuri.Sejauh mana hubungan intim Mahsuri dengan Deramang tidak dapat dibuktikan dengan jelas. Dato Seri Kama Jaya tidak menyiasat dengan mendalam dan menolak semua alasan Mahsuri. Beliau telah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Mahsuri tanpa merujuk terlebih dahulu kepada Sultan Kedah. Apabila Mahsuri ditangkap, dibawa ke Padang Hangus dan diikatkan di pokok asam jawa. Dia diperintah dibunuh dengan rejaman tombak tetapi anehnya tombak-tombak tersebut tidak lut ke tubuh Mahsuri. Anehnya, Mahsuri sendiri memberitahu rahsia kekebalannya iaitu tombaknya sendiri. Apabila menggunakan tombak tersebut, darah terpancut berwarna putih. Demikian tragedi Mahsuri yang diceritakan dalam tradisi yang dibumbui dengan metos bagi mengambarkan protes terhadap ketidakadilan.Kesan Tragedi Mahsuri Kesan Tragedi Mahsuri Sebelum menghembus nafas terakhir, Mahsuri bersumpah-Langkawi tidak akan aman dan makmur selama tujuh keturunan. Aneh kerana yang bersalah ibu mertuanya Mahura dan bapa mertuanya Dato Seri Kama Jaya sahaja dan bukan seluruh Langkawi. Aneh lagi kerana selepas itu sememangnya Langkawi diserang askar Siam. Mahura dan Dato Seri Kama Jaya terbunuh. Ramai orang Langkawi ditawan dan dijadikan hamba. Bagaimanapun orang Langkawi terus berjuang menentang penjajahan di bawah pimpinan seorang lagi anak Dato Seri Kama Jaya iaitu Wan Mohd Ali. Lagenda Mahsuri terus dikenang dalam pengertian pengajarannya. Kini Makam Mahsuri telah dibina begitu rupa sebagai kompleks sejarah dan budaya. Langkawi kembali makmur sebagai bandaraya pelancongan. Artikel ini ditulis oleh : Prof. Dr. Mohd. Isa Othman Dipetik dari : http://www.mykedah2.com/10heritage/111_1.html |
Posted by Love & Care Worldwide at 11:40 PM 0 comments
Sarang burung baik untuk ibu mengandung
Posted by Love & Care Worldwide at 11:31 PM 0 comments
Sarang Burung Alternatif Untuk Kesihatan
| Tarikh 2006/5/5 15:09:05 KEASLIAN dan ketinggian makanan aksotik seperti sarang burung sememangya telah diakui sejak dahulu lagi. Selain sarang burung, makanan herba seperti tongkat ali, rumpai laut dan sebagainya dapat membantu kesihatan tubuh badan. Namun begitu, khasiat makanan ini telah mula mendapat perhatian ramai terutamanya daripada masyarakat cina di mana mereka semangnya mengamalkan pengambilan makanan kesihatan yang dihasilkan daripada bahan semula jadi sejak turun temurun lagi. Burung Layang-layang Gua juga dikenali sebagai Edible-nest Swiftlet atau dalam bahasa saintifiknya disebut sebagai Aerodramus fuciphagus. Burung ini sememangnnya merupakan antara burung yang begitu popular sekali untuk menghasilkan sarang burung selain daripada burung layang-layang walet. Ramai yang mengeluh setelah mengetahui harga bagi sarang burung tersebut adalah mahal kerana mereka tidak tahu prosedur pemprosesan yang agak rumit sukar dan memerlukan penelitian yang lebih. Sarang burung kaya dengan protein yang dapat membekalkan kalsium dan ion pada badan. Kandungan protein yang tinggi yang terdapat dalam sarang burung ini mudah diserap ke dalam badan dan sekaligus dapat melancarkan lagi peredaran darah. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan sarang burung dapat membantu mengurangkan ketegangan pada tubuh badan serta membantu daya tahan melawan penyakit. Selain itu juga dengan memakan sarang burung ini, ianya dapat membantu meningkatkan peredaran darah, melegakan batuk-batuk, asma dan mendapatkan tubuh badan yang sihat. Sarang burung terhasil daripada burung layang-layang yang kebiasaannya boleh didapati di gua-gua seperti di Gua Batu Niah, Sarawak. Namun begitu sarang burung ini memerlukan lesen pemburuan di mana ianya merupakan haiwan terlindung. ![]() ![]() Promosi sarang burung Gua Sarawak Asli: http://lfi2ubn.blogspot.com/ Justeru itu, sarang burung ini telah dikutip oleh pengutip yang berlesen bagi mengelakkan populasinya menjadi semakin berkurangan dan disalahgunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Sarang burung ini diperolehi daripada air liur burung layang-layang. Proses penghasilannya merupakan satu kerja yang rumit terutamanya membabitkan kerja-kerja pembersihan bulunya yang mengambil masa yang agak lama. Antara syarikat yang mengeluarkan sarang burung ini adalah Sinpiao (Borneo) Sdn. Bhd. yang terletak di Kuching, Sarawak. Syarikat ini diusahakan sejak tahun 1950-an lagi oleh keluarga Voons dan kini telah diambil alih oleh Chang San Moi dan suaminya. Syarikat ini telah menggunakan cara tradisional untuk menjalankan proses penghasilan produk sarang burung supaya hasil yang diperolehi nanti akan lebih bermutu tinggi dan berkualiti. Selain mengeluarkan sarang burung, syarikat ini juga mengeluarkan produk-produk lain seperti sarang burung putih, sarang burung bashi, sarang burung layang-layang (emas)serta sarang burung merah, putih dan kuning. Sarang burung putih ini boleh didapati di bahagian Selatan Kepulauan Asia. Sarang burung ini mempunyai baka yang baik dan diusahakan di kawasan rumah. Haiwan ini mempunyai bilangan bulu putih yang sedikit dan lembut berbanding dengan sarang burung yang lain. Hal ini menyebabkannya menjadi sarang burung yang mempunyai kualiti yang terbaik. Bagi sarang burung bashi pula, ianya boleh didapati di bahagian Selatan Asia dengan warna merah, kuning dan putih kekuningan di mana bulunya mempunyai kualiti yang baik. Selain menghasilkan sarang burung, syarikat ini juga mengeluarkan produk lain seperti akar lada liar. Akar lada liar ini dapat diperolehi di hutan Sarawak yang boleh digunakan untuk mengubati sakit sendi tulang dan membuang angin badan. Tongkat ali yang sememangnya mempunyai nama yang besar dalam industri tanaman herba di negara ini turut mendapat tempat bagi syarikat ini di mana ianya boleh digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit. Antara khasiat tongkat ali ini adalah membersihkan pundi kencing, menguatkan tenaga batin, menguatkan fungsi badan dan sebagainya. Sememangnya makanan-makanan seperti ini dapat membekalkan tahap kesihatan yang baik kepada tubuh badan. Selain memakan makanan yang berkhasiat, makanan tambahan seperti ini dapat membantu seseorang untuk memelihara badan daripada sebarang penyakit apatah lagi ianya menggunakan ramuan asli dalam pemprosesannya. Artikel daripada www.idesa.net.my http://www.idesa.net.my URL: http://www.idesa.net.my/article.php?storyid=1084 |
Posted by Love & Care Worldwide at 11:44 AM 0 comments
Manfaat Sarang Burung Walet


Promosi sarang burung Gua Sarawak Asli:
http://lfi2ubn.blogspot.com/
Sup Sarang Burung Walet: Segar Berenergi
Jika dengar kata ludah mungkin ada sebagian orang yang merasa jijik. Beberapa negara seperti Singapura, Hong Kong dan RRC meludah dilarang keras oleh hukum. Tapi toh di negara dengan penerapan hukum sekeras Singapura sekalipun, tetap ada satu mahluk yang tak dilarang meludah, bahkan justru dianjurkan karena bisa meningkatkan devisa negara.
Mahluk yang ludahnya begitu berharga itu tak lain dan tak bukan adalah burung walet. Dengan air liurnya yang kental burung walet membuat sarangnya. Air liur yang kental itu akan mengering saat terkena udara. Dewasa ini di dunia dikenal 2 jenis sarang burung walet yakni sarang burung walet yang dipanen di gua-gua di pegunungan, serta sarang burung walet yang dipanen di atap rumah-rumah tua yang lebih popular sebagai sarang burung walet rumahan. Burung walet yang membuat sarangnya di atap rumah tua biasanya telah dibudidayakan oleh keluarga atau perusahaan yang menjalankan bisnis seperti ini sejak lama. Karena sifatnya yang alami dan langka (Banyak pemanen sarang burung walet yang menemui ajalnya setiap tahun saat memanen di gua) harga jual sarang burung walet gua jauh lebih mahal dibandingkan sarang walet rumahan. Di pasaran juga dikenal istilah sarang burung walet bersih dan kotor. Yang bersih adalah sarang burung walet yang sudah dicuci dan dibersihkan serta siap untuk dimasak.
Sarang burung walet umumnya mudah didapatkan di pasar atau toko obat di pecinan. Biasanya dijual dalam kemasan atau kiloan. Di restoran sarang burung walet biasanya disajikan dalam bentuk sup atau manisan sebagai makanan penutup. Yan Wo begitu namanya dilafalkan dalam bahasa Mandarin, sudah selama berabad-abad dijadikan makanan kaum kelas atas. Kandungan gizinya yang tinggi membuatnya dipercaya memiliki khasiat sebagai aphrodisiac yang di masa tertentu hanya bisa dinikmati oleh kaum bangsawan di Tiongkok Kuno. Banyak sinshe dan ahli pengobatan China tradisional yang mencampurkan sarang burung walet ke dalam tonik penguat. Belakangan sup sarang burung walet dikemas dan diproduksi secara modern sebagai salah satu tonik penambah energi. Sayang harganya sangatlah mahal sehingga walau jaman telah modern dan kaum bangsawan tak lagi memonopoli segala segi di muka bumi ini, sarang burung walet masih tak terjangkau oleh semua orang.
Jika ingin mencoba sendiri khasiatnya dirumah, buatlah sup sarang burung walet dengan bahan dasar sarang burung walet yang telah dibersihkan lalu dimasak dalam kaldu ayam. Cukup tambahkan bumbu seperti lada hitam, bawang putih, dan jahe. Jika ingin khasiatnya lebih bertambah, bisa tambahkan ginseng atau akar teratai yang juga berkhasiat sebagai pembangkit gairah.
Resensi lain tentang Manfaat Sarang Burung Walet
Daftar Pustaka Manfaat Sarang Burung Walet oleh Wen Shi Di 1900
Posted by Love & Care Worldwide at 11:39 AM 0 comments
Sarang Burung Maharaja
Sarang burung ini dikenali sebagai makanan berkhasiat untuk golongan orang yang berkemampuan dan berada. Ini adalah kerana sarang burung layang-layang dijual dengan harga yang mahal di pasaran mengikut gred yang tertentu.
Setakat ini banyak kajian telah mula dijalankan bagi mengkaji khasiat-khasiat lain yang mungkin boleh didapati dalam sarang burung walet ini.
Ia didakwa mampu melancarkan fungsi paru-paru, melegakan batuk, membersihkan darah dan memulihkan tenaga selepas demam. Selain itu, ia mampu memulihkan penyakit asma, menguatkan daya ingatan dan kecergasan minda, menambah daya ketahanan tubuh, melancarkan perjalanan darah dan meningkatkan kekuatan jantung serta ia boleh dijadikan makanan tambahan bagi melambatkan proses penuaan.
Menurut kajian yang dibuat oleh masyarakat Cina di Beijing mendapati ianya merupakan agen pemutihan kulit yang sangat baik dan juga baik untuk kesihatan mata.
Bagi penghidap asthma, ia juga dikatakan agen terbaik memulihkan sistem pernafasan dan memperkuatkan paru-paru.
Di Indonesia, terdapat laporan yang mengatakan sarang burung walet ini juga mampu mengubati kanser dan hepatitis B. Ini kerana sarang burung telah terbukti melalui ujian makmal yang dijalankan mengandungi nutrien2 dan garam mineral seperti glikoprotein, kalsium, zat besi, fosforus, iodin, dan vitamin2 yang lebih mudah diserap oleh badan manusia.
Antara khasiatnya yang ketara ialah:-
- Melancarkan system aliran darah yang betul
- Melegakan pernafasan
- Membetulkan system urat saraf
- Memperbaiki sistem buah pinggang
- Memutih, melicinkan muka (untuk lelaki dan wanita terutama sekali wanita mengandung untuk bayi)
- Menghilangkan kedut kedut muka (untuk wanita dan lelaki)
- Menyegarkan mata
- Asma (lelah)
- Membuang air dalam paru paru (sekiranya anda mengalami sakit paru2 berair)
- Agen memperbaiki hepatitis B
- Meninggikan IQ (orang dewasa dan kanak kanak)
- Batuk batuk kronik
- Awet muda (lelaki dan wanita)
- Untuk tenaga batin
Tetapi saya telah mencuba sarang burung keluaran LFI yang dijamin bersih dan selamat. Sementelah jadual kerja saya yang agak ketat disamping saya tidak tahu tentang cara penyediaannya yang agak rumit, maka saya rasa cara terbaik adalah dengan mengambil produk yang telah sedia untuk diminum.
Hasilnya agak mengkagumkan. Kalau dahulu saya akan cepat merasa mengah atau lelah apabila berjalan agak jauh, sekarang ini Alhamdulillah keadaan sudah jauh berbeza. Dahulunya saya bukanlah seorang yang biasa bangun pagi (morning person), tetapi sekarang alhamdulillah saya berasa lebih ceria dan bertenaga sepanjang hari.
Posted by Love & Care Worldwide at 11:36 AM 0 comments
Sarang Burung Walit Gua Niah, Sarawak
Penuaian sarang burung walit dari gua secara komersial telah bermula lebih daripada 100 tahun yang lalu. Di Gua niah, Sarawak perusahaan ini bermula pada tahun 1878 dan diikuti oleh penuaian di Gua Mulu. Di Sabah Gua Gemungtung.
Di Semenanjug Malaysia penuaian secara komersial dijalankan di lapan buah gua di Pulau Redang, Terengganu.
Terdapat 13 specis walit di Malaysia. Hanya dua spesis sahaja yang menghasilkan sarang burung yang boleh dimakan ia itu Aerodramus Fuciphagas (Edible Nest Swiftlet) dan Aerodramus Maximus (Black Nest Swiftlet) dari family Apodidae. Burung ini berada dalam order Apodiformus bermaksud berkaki lembik ia itu tidak berupaya berpijak di tanah. Burung ini mempunyai kuku yang mampu mencengkam dengan kuat.. Sais burung ini antara 7.5 cm hingga 23 cm. Burung walit hidup berkawan dalam kelompok besar serta mampu terbang dalam gelap menggunakan ekolokasi.
Aeradramus Fuciphagas (Edible Nest Swiftlet) mempunyai bulu hitam berkilat. Dibahagian atasnya bewarna hitam coklat sementara di punggungnya bewarna keputihan.. bersayap pendek 110 hingga 125 cm tapi mempunyai daya kepakan yang tinggi dan dapat meluncur di udara. Habitat asalnya di kepulauan di tengah lautan dan mencari makanan di daratan iaitu di atas kawasan paya bakau dan kawasan hutan.
Sarang hitam (sarang bulu) Maximus dan sarang putih Aerodramus
Aerodramus Maximus (Black Nest Swiftlet) sukar dibezakan dengan Aerodramus Fuciphagas (Edible Nest Swiftlet) tetapi saiznya lebih besar.dengan bewarna kelabu kehitaman. Sayapnya berukuran antara 122 hingga 126 cm. Sarangnya bewarna hitam dan mengandungi banyak bulu. Habitat asalnya di pulau persisiran pantai dan mencari makanan di daratan iaitu di katas kawasan paya bakau dan hutan.
Selain daripada 2 spesis di atatas, collacalia esculante (sariti) dan collacalia vanikarensis (seriti lumut) dapat mengeluarkan sarang yang boleh dimakan, namun seriti jarang dijumpai di Malaysia. Burung ini dikenali oleh penduduk tempatan sebagai walit bisu kerana mempunyai suara yang perlahan.
Makanan asas burung ini ialah serangga yang ditangkap semasa berterbangan di udara. Burung ini bersifat aerial dan meluncur dengan pantas.


Promosi sarang burung Gua Sarawak Asli:
http://lfi2ubn.blogspot.com/
Posted by Love & Care Worldwide at 11:32 AM 0 comments












